Kecekapan tenaga
💖Mengapa perlu tahu soal kecekapan tenaga💖
- Menurut kajian,penggunaan tenaga terbanyak di dunia ialah tenaga elektrik,Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang sering digunakan di mana-mana sahaja.Kita sebagai pengguna seharusnya menggunakan tenaga elektrik dengan cermat.Cubalah bayangkan sekiranya tenaga elektrik ini habis, sudah tentu dunia akan gelap-gelita pada waktu malam dan matahari sebagai penyuluh semasa waktu siang.Bukan itu sahaja, kita juga pasti akan mengalami kesukaran apabila ingin menuju ke sesuatu destinasi.Oleh itu , penggunaan tenaga yang cekap adalah salah satu cara untuk mengelakkan tenaga cepat habis.Kita juga boleh menjimatkan wang apabila cekap dalam penggunaan tenaga.Adakah anda inginkan bil elektrik yang rendah dan menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar? Anda akan dapat mengurangkan sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan tahap keselesaan hidup anda.
💙Pengenalan tentang kecekapan tenaga💙
- Kecekapan tenaga ialah menggunakan tenaga yang sedia ada dengan sebaik-baiknya.Kecekapan tenaga iaitu elektrik bermakna kita menggunakan tenaga elektrik pada tahap yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sedang dilakukan . Ini juga bermakna kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.Kecekapan tenaga juga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.
💗Punca perlu menggunakan sumber tenaga dengan cekap💗
- Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil seperti arang batu dan gas kerana bekalannya yang semakin menyusut.
- Kos penghasilan tenaga (elektrik) semakin tinggi disebabkan bilangan penduduk yang meningkat setiap tahun.
- Penghasilan tenaga ini boleh menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
- Kita juga ingin menjimatkan kos perbelanjaan isi rumah kerana banyak perkara yang perlu dilangsaikan setiap bulan.
💓Kepentingan penggunaan tenaga yang cekap💓
- Kos
- Dapat menjimatkan kos tenaga yang membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit. Ini boleh meningkatkan keuntungan yang tinggi.
- Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing
- Perlindungan alam sekitar
- Dapat mengurangkan suhu dunia
- Dapat mengelakkan ais di bahagian utara cair
- Dapat mengurangkan pembebasan karbon yang mendorong kepada pemanansan global.
- Dapat menjaga dan memulihara alam sekitar dengan sebaik-baiknya.
- Kecekapan tenaga juga dapat mengurangkan kesan rumah hijau yang dikenali sebagai GHG(GreenHouse Gases) pada jangka masa yang pendek.
- Keselamatan bekalan
- Dapat kurangkan loji jana kuasa, penghantaran dan menaiktaraf sistem pengagihan dan pembinaan
- Dapat mengurangkan penghasilan tenaga (elektrik) yang merupakan salah satu daripada sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.Oleh itu,ini dapat membantu memanjangkan jangka hayat penggunaan bahan api fosil, arang batu dan gas.
💟Suruhanjaya Tinggi (ST)💟
- Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga. Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga. Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.
- Suruhanjaya Tenaga adalah pengatur bagi industri elektrik dan bekalan gas berdasarkan kepada kuasa yang diperuntukkan oleh Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 dan akta-akta lain yang berkaitan.Oleh itu,kita dapat mengelakkan pembaziran tenaga dengan bantuan Suruhanjaya tenaga.
Label cekap tenaga ada dua iaitu label penuh(kiri) dan label ringkas(kanan).
- Label cekap tenaga digunakan untuk mengetahui sama ada peralatan itu jimat elektrik atau tidak.Bilangan bintang yang ditunjukkan adalah tahap kecekapan tenaga sesuatu peralatan elektrik.Label yang mempunyai taraf 1 bintang sahaja menunjukkan barang elektrik itu mempunyai kecekapan tenaga yang rendah.Taraf 5 bintang menunjukkan barang elektrik yang mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.
- Label seperti dalam gambar rajah itu boleh dilihat pada barang elektrik yang mempunyai nilai voltan yang tinggi.Contohnya, peti sejuk, penghawa dingin, televisyen dan kipas angin.Label ini juga boleh membantu pengguna membandingkan sesuatu barang dengan barang yang lain.
- Pengiraan kecekapan tenaga dijalankan oleh SIRIM(Scientific and Industrial Research Institute of Malaysia).Sekiranya pengujian itu lulus,maka ST akan memberi pengilkhtirafan label cekap tenaga berdasarkan bintang 1 hingga 5.
- Alat elektrik yang diluluskan oleh ST boleh didapati di lama web www.st.gov.my atau www.saveenergy.gov.my .
- Eko-label adalah suatu sistem pelabelan untuk barangan pengguna,bukan sahaja pada barangan elektrik malah pada makanan juga.
- Eko-label memudahkan pengguna memilih barangan mesra alam (green products) .Ini merupakan satu skim sukarela yang diwujudkan untuk menggalakkan sektor perniagaan supaya menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mesra alam.
- Manfaat eko-label:
- Bagi mengelakkan kesan berbahaya kepada alam sekitar.
- Dapat kenalpasti sama ada barangan itu mesra alam ataupun tidak.
- Eko-label dapat digunakan pada barangan yang tidak mengandungi kluorofluorocarbon (CFC) .
- Dapat mengelakkan penipisan lapisan ozon.
- Dapat mengetahui barangan itu ialah barangan kitar semula atau tidak.
- Dapat menjimatkan penggunaan tenaga (elektrik).
- Kini,penggunaan tenaga (elektrik) yang cekap hendaklah dimula sebelum terlambat.Punca yang menyebabkan kurangnya sikap penggunaan tenaga (elektrik) yang cekap ialah :
- Industri yang menggunakan tenaga elektrik diberikan diskaun yang banyak. Ini akan menggalakkan kecenderungan ke arah pembaziran tenaga daripada penjimatan tenaga.Sepatutnya industri yang mengamalkan penggunaan tenaga yang cekap hendaklah diberi ganjaran atas kebaikan yang dilakukan.Oleh itu, ini dapat memelihara sumber tenaga ini sebelum habis.
- Penggunaan label cekap tenaga pada barangan eletrik masih tidak memuaskan kerana kebanyakan peralatan elektrik tidak ditampal atau dijualkan dengan label cekap tenaga.Ini akan membawa peningkatan penggunaan tenaga elektrik. Pihak ST seharusnya ambil perhatian tentang perkara ini supaya rakyat menggunakan barangan elektrik dengan cekap.
- Penggabungan semua sektor secara keseluruhan. Ini perlu dilakukan kerana banyak agensi yang terlibat dalam industri ini. Semua pihak seharusnya bergabung tenaga dan bekerjasama bagai aur dengan tebing dengan menubuhkan satu pusat yang berfungsi untuk sumber, penjanaan, bekalan dan harga.Apabila semua agensi bergembleng tenaga, kita dapat mengelakkan agensi yang berfungsi sendiri, ia dikenali sebagai 'stand alone'.
💪Cara meningkatkan kecekapan tenaga💪
- Lampu
- Gunakannya mengikut keperluan sahaja.
- Elakkan pencahayaan berlebihan.
- Pilih lampu pendarfluor padat (CFL) atau mentol LED dan bukannya mentol pijar konvensional.
- Pastikan lampu mentol adalah bersih supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.
- Gunakan langsir berwarna cerah pada tingkap untuk membolehkan cahaya masuk ke bilik di siang hari.
- Televisyen / ASTRO / Pemain DVD/ laptop /dekstop PC
- Jangan tinggalkan perkakasan pada 'mod stanby'. Ini kerana pada keadaan ini,ia masih menggunakan kuasa elektrik.
- Gunakan laptop berbanding desktop PC kerana laptop lebih menjimatkan tenaga.
- Manfaatkan ciri penjimatan kuasa yang ada pada komputer- Power save setting.
- Matikan TV jika tiada sesiapa yang menonton.
- Penyaman udara
- Pastikan tirai, langsir atau bidai ditutup pada siang hari. Ini bertujuan untuk menghalang haba dari cahaya matahari masuk ke dalam bilik melalui tingkap, seterusnya memanaskan bilik.
- Seboleh mungkin gunakan kipas untuk menggantikan penghawa dingin. Kipas menggunakan kurang elektrik berbanding penghawa dingin.
- Hanya gunakan penyaman udara apabila cuaca di luar benar-benar panas.
- Matikan penyaman udara anda jika anda akan pergi dari rumah untuk jangka masa yang panjang.
- Elakkan dari melaraskan suhu penghawa dingin pada suhu paling rendah (16 darjah Celsius). Seeloknya laraskan suhu di antara 23 ke 25 darjah Celsius. Setiap satu darjah penurunan darjah celsius boleh meningkatkan kos penggunaan elektrik alat penghawa dingin sehingga 10 peratus.
- Setkan timer atau gunakan sleep mode sebelum anda tidur di waktu malam. Biasanya kita hanya perlukan suasana yang sejuk dalam sejam atau dua jam di awal masa tidur. Pada jam 1-2 pagi udara sudah mulai sejuk, jadi pada masa itu memadai dengan pasang kipas sahaja.
- Bersihkan atau gantikan penapis penyaman udara anda setiap bulan. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penyaman udara.
- Selalu selenggara/servis penghawa dingin sekurang-kurangnya setahun sekali supaya ia beroperasi pada tahap optima. Untuk melalukan servis mencuci fin penyaman udara sendiri, anda boleh menggunakan pencuci semburan kimia khas yang ada dijual di pasaraya.
- Gantikan alat penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana alat tersebut tidak lagi cekap -dengan kata lain ia menggunakan banyak elektrik, tapi tidak menyejukkan.
- Bila membeli penghawa dingin baharu, pilih penghawa dingin yang mempunyai logo Enery Star dan yang mempunyai Energy Efficiency Ratio (EER) yang tinggi.
- Peti sejuk
- Beli membeli peti sejuk, pilih saiz, kategori dan ciri-ciri yang sesuai dengan keperluan keluarga anda.
- Pilih peti sejuk yang mempunyai kecekapan tenaga yang tinggi, dan yang berlabel Energy Star.
- Kurangkan kekerapan membuka pintu peti sejuk.
- Jangan set suhu terlalu rendah. Ia membazir tenaga dan juga boleh menghasilkan frost.
- Letak peti sejuk jauh dari punca haba dan pancaran cahaya matahari.
- Bungkus makanan sebelum simpan dalam peti. Makanan terbuka mengeluarkan lembapan yang membuat kompresor peti sejuk bekerja lebih keras.
- Jangan letakkan makanan/minuman panas/suam di dalam peti sejuk. Sejukkan dulu di luar sebelum memasukkannya ke dalam peti.
- Periuk nasi elektrik
- Pilih periuk nasi elektrik yang mempunyai label Energy Star.
- Masak nasi tepat pada masanya untuk mengurangkan masa "keep warm".
- Pastikan periuk nasi bersih.
- Pemanas air (thermo pot)
- Didihkan air sebanyak mana yang diperlukan sahaja.
- Tutup suis (pada soket) jika ia tak digunakan buat masa yang lama.
- Ketuhar
- Hanya pre-heat ketuhar bila perlu sahaja.
- Matikan ketuhar lebih kurang 5 minit lebih awal dari jangka masa memasak yang sepatutnya. Biarkan pintu tertutup untuk mengekalkan haba di dalam ketuhar.
Ulasan